WhatsApp bisnes anda, dijawab 24/7.
Customer mesej pukul 11 malam tanya harga, kosong ke tak, lokasi mana. Esok pagi, dia dah book tempat lain. SovereignFlow pasang AI receptionist di WhatsApp anda. Ia jawab dari info bisnes anda sendiri, simpan lead, dan serah kepada anda untuk close.
Contoh perbualan. Nama bisnes dan customer adalah rekaan.
Bukan customer tak nak beli. Mereka tak dapat jawapan.
Kebanyakan bisnes servis tak kalah sebab harga. Mereka kalah sebab lambat reply.
Mesej masuk lepas waktu kerja
Orang cari servis waktu malam dan hujung minggu, masa anda tengah rehat atau dengan family.
Soalan sama, setiap hari
Harga, slot kosong, lokasi, waktu buka, cara book. Staff anda jawab benda sama berulang kali.
Lead hilang tanpa jejak
Tanpa rekod, anda tak tahu berapa ramai yang tanya lepas tu terus hilang ke kedai sebelah.
Kami buat semuanya. Anda cuma close.
Ini servis done-for-you. Anda tak perlu belajar software atau setup apa-apa sendiri.
Beritahu kami tentang bisnes anda
Harga, servis, waktu operasi, soalan lazim. Hantar melalui WhatsApp, kami susun semuanya.
Kami bina & latih AI receptionist
Disambung ke nombor WhatsApp bisnes anda, dengan gaya bahasa yang sesuai dengan customer anda.
Bot jawab, anda close
Soalan asas dijawab segera. Nama, keperluan dan nombor customer masuk ke sheet anda. Anda ambil alih bila dia dah ready.
Bukan bot bodoh "tekan 1 untuk harga".
AI receptionist yang faham soalan, jawab macam manusia, dan tahu bila perlu serah kepada anda.
Bahasa macam orang kita
BM, rojak atau English, ikut cara customer bertanya. Sopan dengan panggilan tuan dan puan.
Jawab dari info anda sendiri
Harga, pakej dan polisi datang dari maklumat bisnes anda. Bot tak reka jawapan.
Lead disimpan automatik
Nama, nombor, keperluan dan sumber lead masuk terus ke Google Sheet yang anda boleh tengok bila-bila masa.
Serah kepada manusia
Customer nak cakap dengan orang? Bot ambil butiran dan maklumkan anda. Anda boleh ambil alih chat bila-bila masa.
Guna nombor anda sendiri
Customer terus WhatsApp nombor bisnes yang mereka dah kenal. Nombor kekal milik anda.
Laporan mingguan
Berapa mesej dijawab, berapa masuk luar waktu kerja, berapa lead baru. Nampak hasilnya dalam nombor.
Bisnes yang hidup dengan WhatsApp.
Mula dengan 14 hari percuma.
Kami setup, bot jalan, anda tengok hasilnya dulu. Slot trial terhad setiap bulan, jadi kami semak kesesuaian bisnes anda dulu melalui WhatsApp (± 2 minit).
Starter
- 1,000 balasan bot sebulan
- AI receptionist dilatih dengan info anda
- Lead masuk ke Google Sheet
- Serah kepada manusia
- Laporan mingguan
Growth
- 3,000 balasan bot sebulan
- Semua dalam Starter
- Soalan lazim ditambah ikut keperluan
- Sokongan WhatsApp keutamaan
Pro
- 6,000 balasan bot sebulan
- Semua dalam Growth
- Ubah suai flow setiap bulan
- Sesi semakan prestasi bulanan
Yang orang selalu tanya.
Saya kena tukar nombor WhatsApp ke?
Tak perlu. Kami sambungkan AI receptionist ke nombor bisnes anda sendiri, jadi customer tetap WhatsApp nombor yang mereka dah kenal. Kami akan terangkan pilihan terbaik untuk bisnes anda semasa setup.
Kalau bot salah jawab macam mana?
Bot hanya jawab berdasarkan maklumat yang anda beri. Kalau soalan di luar skop, ia akan ambil butiran customer dan serah kepada anda, bukan meneka. Sepanjang trial, kami pantau dan betulkan jawapan bersama anda.
Saya masih boleh reply sendiri?
Boleh. Anda boleh ambil alih mana-mana chat bila-bila masa. Bot direka untuk jawab soalan asas dan kumpul lead, closing tetap di tangan anda.
Apa berlaku selepas 14 hari trial?
Kami hantar laporan hasil trial. Kalau anda nak teruskan, pilih pakej dan bayar setup sekali. Kalau tak, kami tutup sistem dan anda tak berhutang apa-apa.
Kalau kuota balasan habis?
Kami maklumkan bila penggunaan capai 80%. Anda boleh top-up atau naik pakej. Bot tak akan tinggalkan customer anda tergantung.
Data customer saya selamat?
Data lead disimpan dalam Google Sheet yang dikongsi dengan anda. Kami tak jual atau kongsi data anda dengan pihak lain. Baca polisi privasi kami.
WhatsApp bot kami sekarang. Tanya macam customer anda tanya.
Tanya harga, tanya slot, minta cakap dengan orang. Rasa sendiri apa yang customer anda akan rasa, pukul berapa pun.